Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). PSM berfungsi mengurus dan menyelenggara arena-arena yang telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Arena di bawah pengurusan PSM bukan sahaja dibuka untuk tempahan acara sukan tetapi juga untuk acara bukan sukan seperti konsert, konvensyen, ekspo dan pameran, majlis perkahwinan dan acara-acara lain yang bersesuaian mengikut arena pilihan.
Antara arena yang diuruskan oleh PSM:
KL SPORTS CITY (Stadium Nasional, Axiata Arena, Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pusat Skuasy Nasional, Dewan Sri Putra)
KOMPLEKS SUKAN BUKIT KIARA (Stadium Juara, Pusat Boling Padang Nasional)
KOMPLEKS SUKAN JALAN DUTA (Pusat Tenis Nasional, Stadium Hoki Tun Razak, Pusat Skuasy Negara)